Tahniah kepada pemanah tradisional Malaysia yang membawa pulang satu pingat emas dan satu pingat gangsa dari Ulsan World Cup 2026.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemanah tradisional Malaysia yang telah beraksi di Ulsan World Cup 2026 dengan penuh semangat, dedikasi dan semangat juang yang tinggi.
Kejayaan membawa pulang satu pingat emas dan satu pingat gangsa merupakan pencapaian yang amat membanggakan, sekali gus membuktikan bahawa sukan memanah tradisional Malaysia mampu bersaing di pentas antarabangsa.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi pemanah akan datang untuk terus mengangkat martabat sukan memanah tradisional Malaysia di persada dunia.
Tahniah dan syabas! Teruskan mengukir kejayaan untuk Malaysia.
Sumber: Pengumuman rasmi di Facebook TAAM.




