Atlet yang mewakili negeri ke Kejohanan Memanah Tradisional Kebangsaan (KMTK) 2027 mesti ahli sah kelab memanah tradisional berdaftar dan didaftarkan melalui Persatuan Memanah Negeri.
Merujuk kepada Perkara 3.1.1 Buku Teknikal KMTK 2027 (Edisi Kemaskini 01.11.2026), Sekretariat Kejohanan Memanah Tradisional Kebangsaan (KMTK) 2027 telah mengeluarkan memo rasmi mengenai syarat penyertaan pemanah ke kejohanan yang akan datang.
Persatuan Memanah Tradisional Negeri perlu memastikan bahawa mana-mana atlet yang akan didaftarkan dan dihantar untuk mewakili negeri ke KMTK 2027 memenuhi syarat berikut:
Syarat Penyertaan
- Atlet mestilah merupakan ahli yang sah berdaftar dengan Kelab Memanah Tradisional di negeri masing-masing.
- Kelab berkenaan mestilah berdaftar secara sah di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) dan mempunyai status pendaftaran yang aktif.
- Pendaftaran atlet hendaklah dibuat melalui saluran rasmi Persatuan Memanah Negeri masing-masing dengan pengesahan keahlian kelab yang sah.
Tujuan
Peraturan ini dilaksanakan bagi memastikan tadbir urus sukan yang lebih tersusun, memelihara integriti pertandingan, serta menggalakkan pembangunan sukan memanah tradisional melalui kelab-kelab yang berdaftar dan diiktiraf.
Kerjasama semua Persatuan Memanah Negeri dalam memastikan pematuhan kepada syarat ini amatlah dihargai.
“Bersatu Memartabatkan Sukan Memanah Tradisional Malaysia”
Sekretariat
Kejohanan Memanah Tradisional Kebangsaan 2027
17 November 2026
Maklumat lanjut kejohanan: Kejohanan Memanah Tradisional Kebangsaan 2027.
Sumber: Memo rasmi di Facebook TAAM.




