
Persatuan Memanah Tradisional Malaysia (TAAM), dengan kerjasama Persatuan Memanah Tradisional Negeri Perak, akan menganjurkan Kejohanan Memanah Tradisional Kebangsaan (KMTK) 2027, sebuah kejohanan berprestij di peringkat kebangsaan yang menghimpunkan atlet memanah tradisional dari seluruh negara.
Penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk memperkukuh semangat kesukanan, mengeratkan hubungan silaturahim antara atlet dan persatuan, memartabatkan seni serta warisan memanah tradisional, di samping menyediakan platform kompetitif bagi mencungkil dan mengembangkan bakat atlet ke arah kecemerlangan sukan memanah tradisional di Malaysia.
