Skip to main content
Logo TAAM Persatuan Memanah Tradisional Malaysia (TAAM) TAAM
Berita

Memo Rasmi: Penggunaan Arrow Bebas di KMTK 2027

📅 10 September 2026 Persatuan Memanah Tradisional Malaysia
Memo Rasmi: Penggunaan Arrow Bebas di KMTK 2027

Keputusan undian wakil negeri mengenai penggunaan arrow bebas/karbon bagi Kategori Dewasa di Kejohanan Memanah Tradisional Kebangsaan (KMTK) 2027.

TAAM telah mengeluarkan memo rasmi berhubung penggunaan arrow bebas/karbon di Kejohanan Memanah Tradisional Kebangsaan (KMTK) 2027.

Perkara ini merujuk kepada usul daripada Negeri Perak di Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-4 tahun 2026, iaitu cadangan untuk menggunakan arrow bebas/karbon di KMTK 2027, berdasarkan faktor-faktor berikut.

Tujuan

  1. Kurang sambutan daripada Kategori Dewasa semasa Sesi Pemilihan Peringkat Negeri atas sebab-sebab seperti kos yang tinggi untuk mendapatkan arrow alami/natural.
  2. Sukar untuk mendapat penajaan dalam Sesi Pemilihan Peringkat Negeri untuk arrow alami/natural.

Penyelesaian

Undian dalam kalangan wakil-wakil negeri telah dibuat bagi menentukan jenis arrow yang digunakan untuk Kategori Dewasa di KMTK 2027. Keputusan undian adalah seperti berikut:

BilNegeriPersatuanPilihan Arrow
1SelangorDESTARNatural
2JohorPMTJNatural
3PahangTAAPANatural
4WP LabuanPMTWPLNatural
5MelakaMELTRAKarbon/Bebas
6SarawakPMTNSKarbon/Bebas
7KedahPMTKKarbon/Bebas
8Negeri SembilanPEWARISKarbon/Bebas
9TerengganuGAPETERKarbon/Bebas
10PerakPMTNPKarbon/Bebas
11PerlisTAAPSKarbon/Bebas
12KelantanKELTAAKarbon/Bebas
13Pulau PinangPENTRASKarbon/Bebas
14SabahSTARAKarbon/Bebas
15WP PutrajayaPUTAKarbon/Bebas
16WP Kuala LumpurPMTKL–

Sebarang perubahan atau penambahan bagi Kategori Arrow Natural akan dimaklumkan dengan kadar segera berpandukan peruntukan yang ada di KMTK 2027.

Maklumat lanjut kejohanan: Kejohanan Memanah Tradisional Kebangsaan 2027.

Sumber: Memo rasmi di Facebook TAAM.

Terkini

Berita Lain

Semua berita →