TAAM, Ahli Penuh World Traditional Archery Federation (WTAF), diwakili oleh Puan Jamilah Abdul Latif di 2nd Ordinary General Assembly di Ulsan, Korea pada 2 November 2026.
Persatuan Memanah Tradisional Malaysia (TAAM) terus memainkan peranan dalam membentuk landskap memanah tradisional di peringkat dunia melalui penglibatan dalam inisiatif penubuhan World Traditional Archery Federation (WTAF), sebuah organisasi antarabangsa yang beribu pejabat di Ulsan, Republik Korea.
Ahli Penuh WTAF
TAAM diterima secara rasmi sebagai Ahli Penuh (Full Member) WTAF menurut Artikel 5.3 Statut WTAF. Sebagai antara pihak yang terlibat dalam penubuhan WTAF, TAAM berhak ke atas semua hak, keistimewaan dan tanggungjawab yang ditetapkan dalam Statut WTAF.
- Tarikh kemasukan: 1 November 2025
- Kuasa: WTAF Founding General Assembly, Ulsan, Republik Korea
2nd Ordinary General Assembly
Pada 2 November 2026, TAAM diwakili oleh Puan Jamilah Abdul Latif, Exco Hubungan Antarabangsa & Hal Ehwal Wanita, di 2026 World Traditional Archery Federation 2nd Ordinary General Assembly di Ulsan, Korea. Perhimpunan ini menghimpunkan wakil persatuan memanah tradisional dari pelbagai negara anggota.
TAAM merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Puan Jamilah kerana membawa suara Malaysia di pentas antarabangsa.
Galeri





Sumber: Facebook rasmi TAAM.



